Apr 21, 2011

lelaki pon tau merajuk? elele....

salam...

lelaki merajuk?

ye la lelaki nie jarang nk tunjuk perasaan diaowg...
so sbg perempuan kita label dia sbg seorg yg ego...
tapi xkisah lah lelaki merajuk..diaowg pon ada hati and persaan rite?




tapi kalu tu spesis kuat merajuk ..harUUUU juga kita naaa haha...


apa korunk wat kalu ada laki or bf korunk merajuk dgn korunk?

mesti nak pujuk kan...?

ye la pmpuan nie lain kalu pujuk2 jap je ok..

tapi laki nie lain..dia pendam..so sekali dia merajuk...habis kau haha...


nak bagi tips nie..cecece...


tips pujuk lelaki merajuk jeng2..



bole usha sendiri,,,

ye la cwl xde pglaman..nk bg nasihat sesuka hati..so rujuk org juga..satgi men cakap je..x kaji 
haa ,,,laki2 kad luar sana tackle attack cwl..( mcm ayt pokemon je)

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
 
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

 ( beri ruang utk dia bernafas ,hehhe ok)

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

( kita tgk TV a na MHG ..cecite KAK LIMAH)

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

( ok jgn tanya...diam!)

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.


(SHOPING SAMPAI BANKRAP CWL k)


ok jangan lelaki cry suda...cwl paling takut tgk laki nanges2..alamak..stg joined nges sekali..

pic from google


jgn nanges sampaia banjer..susah kang terpksa naek bot ..




merajuk sudah lah ea...



ok la



jgn ckp no woman no cry...xshiuokk lah...



sekian..

ada tips lain ..mai share2 nooo!





10 comments:

nelly said...

Lelaki kalau merajuk , memang hampeh Nelly nak pujuk .
=p

CWL wanie LovelA said...

hehe..pujuk jgn xpujuk

cik ziqa said...

hehe..lelaki merajuk..kebetulan ni..bf zqa tgh merajuk dgn zqa ni..hehe

tp zqa lebih suka biakan je..t lame2 oke la tu..huhuhu

CWL wanie LovelA said...

hehe..berikan ruang bagus ziqa

nukilanaffiza... said...

miss CWL..laki ni ada mcm2 perasaan...tapi sekali merajuk dia memang akan pendam..bak kata pepatah..i can forgive but cannot forget...

jom blog Mr Fenn...ini pun pasal laki gak..hehehe

CWL wanie LovelA said...

hehe susah kan lelaki nie

hanis khalil said...

mmg susah cwl.bf hanis merajuk gila susah nak pujuk tapi dah sayang kena pujuk jugak :O

CWL wanie LovelA said...

ye la syg punya pasal xkan nk bior xsggup den

Farah Nordin said...

Hihihihi, kalau fara lah kan. Fara bagi flying kickc. Sbb tu skg takde org nak :) HAHAHAHAH

CWL wanie LovelA said...

he3