Apr 26, 2011

Nikmat & Rahsia Di sebalik wuduk (air sembahyang)

salam...

pic from google..



wuduk...

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

adakah kita hanya mengambil wuduk ketika untuk menunaikan ibadah solat?



so di sini cwl nk shared sikit ilmu yg cwl ada...jika ada salah dan silap mintak teguran dari korunk semua.


sbb saya pon masih belajar,dan tidak layak nk menegur org ..



i'm not perfect too..



hopes ni dapat shared info dengan kamu semua...    


Rahsia Di sebalik Air Sembahyang (wuduk)



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 :  Secara atau tidak sedar ,kita hari-hari bercakap perkara2 yang tak bermanfaat dan perkara2 yg menjatuhkan dosa dn sbgnya.




2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sbg


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.



seterusnya...


sedar kita atau tak  kasih sayang  Allah s.w.t terhadap hambanya  menjadikan mengambil wuduk itu wajib..
wuduk juga dapat menjaga kesihatan kita.bertapa besarnya kasih Allah s.w.t kepada umatnya...

kalu nak tau wuduk dapat menjaga kesihatan lebih lanjut
klik this link



http://al-zuhaily.blogspot.com/2008/10/rahsia-syariah-wuduk.html



insy muga2 dapat membantu korunk semua..


jika ada salah silap dan tambahan mintak teguran...


tqsm 4 reading dan kepada yg setia mmberi komen..

wslam..

6 comments:

delarocha said...

tq for sharing

CWL wanie LovelA said...

welcam

Myz Isya~^^ said...

dlu pnah dgr ckgu ckp psal ni. skrang dah lupe. hihi. thank Q ye^^.

CWL wanie LovelA said...

welcam

Khairil said...

.....thanks for sharing...

CWL wanie LovelA said...

welcam k