Aug 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA

SALAM..

KHAS UTK KAWAN2 SEMUA!



ILOVEU CUTI UPDATE BLOG :)

Aug 26, 2011

sejak bila CHEEEK rabun?

salam

hari nie aku nak cakap sal rabun...acct aku rabun sejak form 2.ok mcm mana aku bley rabun?

  • first b4 pakai spect aku suka and teringin naka pkai spect selalu aku mintak spect kawan nak belasah pinjamkan..ele korang pun mesti penah try2 spect membe kan? ngaku je la...
  • sbnarnya bagi mata yg normal jgn lah pinjam2 spect membe yg ada power dia akan merosakkan mata.kalau teringin sgt beli spect rm5.00 kad pasar malam tu haa..pakai sampai rabun hehehe~ bila dah rabun nyesal tak sudaaaaaaaaa~

  • second aku suka tengok tv dekat2 sampai kepala nak masuk dalam tv hahhaa...itulah pgai cwl.

  • third aku tak suka makan carrot..


bila dah ada spect..

spect mata pertama aku xde bingkai..dsbbkan gadis lasak mcm aku demikian patah lah spect itu..
second spect half aku pakai smp form6.tapi dah hbis f6 aku campak ..esok lusa masuk u buat barulah buat tu lah niat aku,..
third spect full...mcm skg nie hehe..

teringin pakai lens

seumur hidup aku tak penah pakai lens sbb takut...tapi teringin :P


ok sory aku tak comel tak lawa tapi aku baik hati puji diri :P


p/s : lawa dak spect nie ngn aku?:P

Aug 25, 2011

kak peah vs kak nabihan : jom shoping!

salam

semalam cwl g shoping raya..so ada yg tanya shawl and beg cwl beli kad mana...?

aku terasa cantek bila pakai shawl yg beli dekat kak peah and beg yg cun dari kak bihan..

sapa tu kak peah and kak bihan??

kak peah and kak bihan ni kawan baik dan juga sharepartner ! bukan aku sengaja nak mengipas dua wanita yg gojes ,anggun dan bergaya fewwiT!..diaowg tersangat cantik sorang mcm heliza sorang lagi mcm norjuma..lawa aih ..kalu tgk dua tiga kali mcm super modeh top ! sumpah..tgk r bawa nie pic diaowg..

kiri kak bihan kanan kak peah..eh.silap terbalikkan heheh!

harga barang dia berpatutan bukan aku nak cakap mmg murah r...kad len2 smp rm40 tp diaowg baru smp rm20 ok la kualiti pon bagus ...bukan aku omong kosong sbb aku dah beli dah.
korang boleh add fb diaowg kalau nak beli mcm2 ada~

nama kedai shoping diaowg hangpa p tanya depa chek tak tau hehhe!

any oder korang klik sini add diaowg and start shoping.



so selamat bershoping ..dihari raya.
shoping dgn bersdhana okey!


p/s: kak peah awat baru tunjuk skirt rm35 chek dah beli kad tempat len rm40 T_T

Aug 22, 2011

bahasa menunjukkan bangsa & singlet ramdhan~

salam..

mesej ringkas ja.nie sebelom tu layan gambaq aku perasan lawa jap...penat aku edit and bajet.katakan lah sesuatu haha kepada ku..p.i.t.a.m mak aku tengok :P


ok start entry
penah tak kawan korang hantar mesej mcm nie...


"hqi , nqmq qwqk sqper ? boleh tqk kte nqk knql

 dengqn awqk "

translate :hai nama awak saper? boleh tak kita nak kenal dgn awak 
(copy by: mas ahmad safwan)

omg..omg..A dia tukarkan kepada Q..F.I.N.E aku tak paham mesej dia!

mb ini dikata trend zaman melenium menggunakan atau mengeluarkan atau lebih jelas lagi mengeja ikud kesukaan hati...sindrom keyboard A rosak perlu dibendung.sbb dia buat aku sakit jiwa nak baca.
bahasa menunjukkan bangsa ...
so gunakan dengan betul supaya mat saleh yang nak belajar bahasa melayu tak confuse TQ!

next: singlet RAMDHAN


LAYAN!!! 

Nak menjual @ meniaga apa-apa kuih muih ke apa-apa ka jual lah k!
cuma aku rasa tak hapy lepas balik pasar ramdhan semalam.ceritanya........

seorang wanita melayu ...agama paham-paham la..bukan aku nak cakap aku baik sangat kan.cuma dia meniaga kuih muih bagus la dia cari reziki halal.dia jual kuah pelita a.k.a kuih sampan mmg ramai sangat lelaki beli kad dia.di sebab kan ramai beli and beratur panjang .. aku pon nak beli lah! sbb dalam otak aku mesti sedapkan!..nak belipunya nak beli ... tu dia aih owner dia pakai singlet ketat bukan main.singlet putih paham-paham lah kan.tak jadi aku nak beli...bye kuih pelita~

cuma kadang-kadang sedih ..sebab kalau nak tegur takut owang kata '' hang igt hang bagus ka''
so tegur dalam blog dengan mesej yang macam  nie je lah kan..
bukan kad pasar malam kadang2 sedih lah tengok budak-budak sekarang pakai seksi-seksi  ..then laju-laju upload kad FASIBUK...kalu 3k membe kau kad fb berapa ribu dosa dah tambah bulan puasa darab 2..hang kira lah sendiri.
so aku nak cakap kita sebagai pmpuan kena lah bermaruah.korang ingat lelaki nak keperempuan tak berjenis jadi bini...?  renung2kanlah...tayang kad suami dah looo :P

Aug 20, 2011

R.I.P

SALAM...


cwl agak kurang aktif dengan blog rasanya skunk..cwl nak take time berehat dalam 2 3 hari....

sebabnya terasa kecewa dengan segelintir kawan-kawan yang mempergunakan cwl tapi tak mengharagai langsung....bukannya niat cwl ungkit apa yang cwl tolong dia.cuma cwl terkilan je...dlu bukan main hari-hari contc mintak tlg dia sampai cakap kawan sampai mati..acct cwl takkisah pon cuma cwl nak dihargai ja..now dia dah sucess cwl seronok hapy but yg sedih dia dah tak contc cwl and  langsung buat tak kenal cwl..tak pelah tak kisahpon.cuma rasa ada juga org tak kenang budi..ok lah malas ckp panjang-panjang bye~

p/s: mb kawan hanya kawan~


kenapa bulan posa bk rcgn masak?

salam...

haii.soalan aku pendek ja..


KENAPA BULAN PUASA BANYAK RANCANGAN MEMASAK?

Y? y? Y?



Aug 19, 2011

siasat dulu sebelom cakap!

salam..

mood update entry air liur meleleh memikirkan nasi ayam yang heaven tu arghhhhhhhhh~

 dan aku keteliuran teringat soup kad piza hut even bukan heaven sgt ntah ler mood puasa kud smua nmpk sedap je..even air hujan ..OPSS!


kadang-kadang rasa cam sakit hati bile someone yang tibe2 atack kita mcm betul-betul kita nak merampas hak dia?...mmg patut semua orang mempunyai feel tapi pada-pada sebelum cakap.i means kad sini sebelum atackk atau nak kick sapa-sapa siasat dulu kan.sbb without siasat kdg2 make someone feel hurt okiey!

saya dapat mesej nie dari Fasibuk








tak nak balas..if saya nak amek dah lama dah bekurun abad saya amek k...

sbnarnya cwl pon tak tau siapa pakwa dia.pon.entah mana-mana lelaki ja tuh...so pada yg rasa awek kuat serang hendap nie tlg kawal lah sikitkan.tak syook bila org pandang buruk kad kita kan.

malas nak cakap pekara yang menjejaskan jiwa...baik aku tengok gambar makanan kad pakci google banyak2 weee!

sodapnya!

p/s: hapy abg stalker dah berblog kembali..muahhaha!

Aug 18, 2011

heliza helmi seksi dan cik wanie lovela seksi?


salam 

bulan puasapon ada searched aku and kak ija seksi..hamboi3!


the prove

sapa lah tuu? 16 and 5 orang tu aish!



kalu heliza helmi datang blog aku mesti dia pitam...ada juga org searched cwl and dia seksi????

perasan muka sama jap :P
kak ija lawa lagi heheh!

bulan puasa mahupon bukan puasa jgn searched benda pelik2 k!

bye!

Aug 17, 2011

hapy bila custmer puas hati :) | JERAWAT TIADA LAGI!

salam..

cwl skg bukan nak jadi usahawan ke apa ke...lepas dah banyak oder dah terjadi ushawan pulak nie...

apa cwl nak cakap nie pasal ubat jerawat DERMEDEX.
setakat nie dah ada 10 orang beli dan oder kad cwl.
cwl seronok bila yang cakap ubat tu bg kesan yang baik,jerawat dah mula mengecut alhamdulilah semuanya dgn izin Allah s.w.t. cwl hanya tolong membeli ja.cwl nak semua kulit lincin2 baru up confident level without bedak tebal rite?



sapa nak oder boleh tengok entry nie :


saya hanya membantu.usha ditangan anda dan semuanya dgn izin Allah s.w.t :)

perasaan bloger kecik ,so am I!

salam



mb entry cam terhape2..bukan menunjukkan apa-apa pon...cuma adakah korang berblog 
sbb nak famous?
sbb duit?
sbb kawan?
sbb suke-suke?
jawapan tu ada kad tangan korang ler kan~

even kadang aku terasa kecil hati sikit lah dengar bloger-bloger yang dah maju means bila folower dia dah meriban dia dah lupa siapa dia dulu siapakah masa-masa lalu dia sebelom femes..dulu bukan maen dia ajak2 kita folow dia ajak2 kita komen blog dia sambil wat adengan balas2 komen..now dah femes herm hareeeeeeem... takde singgah dah!
but aku puji gak blogger mcm yuyu zulaikha and nurulbadiah lai still ada masa blog sorang2 mai komen even diaowg sgt2 busy kan...tp ada juga blogger otai mcm cik epal even dia xkomen blog aku tapi aku stil nampak bayang dia p komen blog orang lain.mb ada bloger yg aku terlepas pandang aku mintak maaf lah.

apa yang dimaksudkan ialah....

  • sakan mengajak kita folow dia


dulu bukan mai ajak..i folow u ..u folow me...now statment ''sya tak nak folow blog yang saya takut saya tak baca''????  hermmm...cwl tak nak metioned siapkah dia...sbb nanti mcm mengaibkan ke apa ke kan..ye la dulu2 baca entry dia bukan main marah ckp folow u and folow me penting nowww???
kacang mmg suka lupakan kulit kan? :P

( my opnion biar folower sikit tapi reader meriban)

  • adengan komen mengomen
tak baik jugalah kan buruk sangka mb dia tak mai komen blog kite @ membalas komen-komen kita mb dia terlampau bz kud atau sibuk sangat-sangat.but stil juga lah aku tengok blogger  yg nama besar-besar nie still juga cari  masa menjawab komen-komen tu..tp .stil nmpk lah usaha setengah bloger2 femes nie tak lupa still balas stil amek masa meronda blog org lain.mmg cwl rasa dia mmg layak lah kalu folower dia meriban kan.
but ada yang dulu bukan maen komen me komen i..now hermm hampeh no komen2 if i wat entry about u baru u mai komen2 rite? huhuhu~

  • perasan dah bagus sangat...a.k.a sombong tak bertempat
entahlah bukan niat nak ckp ape-apekan ..kdg2 perasan jugalah dia wat dia dah bagus sangat.penah cwl tanya soalan nak smbg lah konon.send msj kad fb dia mmg cwl tak add dia.cwl cuma kata ermm  ''hey sis tak dapat add sis cwl adore dgn sis'' .tawu dia jawab apa? '' baguslah'' 
ok fine fine..dia dah femes dan cwl tak nak folow org sombong mcm tu k.say bye to her~

tak semua bloger top femes mcm tu.cuma belajar lah menghargai org yang support awak selama ni.pesanan ni juga utk cwl.supaya tak lupa diri.takut lah kena virus mcm tu.kena be ware lah.maaf lah kalau yang terasa jangan hentam cwl pulakan..cuma juz luahan isi hati ja...emmmm

p/s: apa pendapat korang pulak?

Aug 16, 2011

sedih bila menghitung bulan ramdhan kian pergi

salam

tak de kena mgena ngn entry ....sedap..hahaha..


cuma nak cakap... bilang bilang dan bilang... berapa hari lagi  je kan....nak habis bulan ramdhan??

so rasa mcm tak cukup ja..beberapa hari lagi setan takguna tu dah nak lepas....cepat sgt bulan rmdhan nie dah pergi sedih sgt2..so korang manfaat secukupnya k!

nie cwl dapat ceramah lah masa tunaikan solat traweh...

korang tahu setiap kita semua ada satu bintik hitam di hati...
and setiap orang ada nafsu...
11 bulan setan tak guna tu train untuk menyesatkan anak2 adam....
b4 syaitan nak kena ikat dia menangis sebab tak dapat menyesatkan anak-anak adam dan dia bepesan2 pada nafsu kita yg dia dah train  selama 11 bulan nie agar kita sentiasa sesat dan melakukan pekara2 mungkar...
selama 30 hari nilah kita kena cuba sedaya ubah diri kita.cuba lawan nafsu kita jgn ikud nafsu.

so my pesanan sekadar duduk saja-saja cuba zikir .. :)

semoga kita semua berada dikalangan orang-orang yang beriman amin




Aug 14, 2011

korang melantak sedap2 tapi korang pikir INI TAK?

salam

copyrite hak google!

sedangkan kita memikir buka puasa nie nak makan apa? nak amek bubur lambuk ke tak petang ni? memikir tema baju raya semua2 tu...then cwl terfikir begitu nikmatnya rakyat malaysia sambut ramdhan yang indah nie...but something yg mengangu fikiran cwl adalah memikirkan rakyat palestin  T_T...

bengang dengan orang suka makan tak habis...

acct cwl paling paling paling tak suka orang makan tak habis! bagi cwl kalau rasa tak boleh habis jangan oder banyak2...sbb cuba korang bagi rakyat plsetin makan mesti habis kan?.bila makan tak habis cuba2lah korang pk org yg lebih memerlukan ....makanan tu..sedih kan...

the moral entry nieh
  • hargailah bulan ramdhan ini sebaik mungkin jangan sia2 kan...dan jgn biarkan ia berlalu kosong~
  • kita dapat mkn dgn fmly semua berkumpul tapi masih ada yg sibuk2 buka dgn kwan..utamakan kwn2 dri fmly.tapi rkyt palestin?korang fikir adakah diaowg dpt bbuka mcm kita lagi dgn fmly lg?
  • makan tak habis ..sekadar nak tunjuk cool or cun  makan tak abis..em
  • ketenangan bulan rmdhan mesia patut kita mengsyukuri!
p/s: mari kita berdoakan agar rakyat palestin dapat smbt bulan rmdhan ini dengan penuh kedamaian dan ketenangan <3

dah nampak kena JAWAB!

SALAM...


simple benda ja aku nak tanya korang dan korang kena jawab hokey!

APAKAH PERKATAAN PERTAMA YANG KELUAR DARI MULUT KORANG DENGAN GAMBAR NIE...?

SEPATAH JA K! jangan lebih ye...dan jgn tipu dose tau haha..igt pkataan pertama!

tujuan: Aku nak chek tahap atau kadar puasa hgpa normal atau extreme!



p/s: yg jwb mmg cool peeps...nanti i p komen2 folow blog hgpa tgai link ja habaq saya folow nanti tuan puteri dtg la..hahahah!

Aug 13, 2011

penah tak korang tengok drama rasa jiwa sakit? | tahajjud cinta and 6 month

salam




peeps like to watch movies, drama and other ..also am isometimes the story makes me feel sick soul ... to see ... haha .. do not know why .. I feel like nak masuk dalam tv and  became  extras that resolve the conflict in drama haha..kalu mcm tu cepat lah E.N.D kELUAR eh ...:P! i love rojak <3




TAHAJJUD CINTA





mmg cwl ni sukarlah sekali menerima cerita melayu..bukan mean tak menerima langsung means payah nak folow sesuatu cerita melayu.if betul2 best mmg sanggup bersengkang mata nak tengok lah.even cerita NUR KASIH  pengakuan jujurlah cwl tak boleh ikud entah kenapa rasa cerita tu tak best pon tak paham kena ramai suka..just my opnion lah yg suka tu bagus lah hehe..tapi cite TAHAJJUD cinta mmg bawa feel betul lah tengok rasa geram je semalam~


tahniah erma fatimah cite nie mmg menjadilah..dan watak yang paling bangkit adalah watak eman manan mmg tusuk2 jiwa aku semalam!


seriusly aku geram kad eman manan semalam sory pakci ante geram watak je hehe..lagi sorang had watak humairah aku circle tu isk geram la!


the moral aku rasa nak masuk tv semalam rasa nak bawa fauziah gause eh mcm nie eh eja nama dia..nak bawa dia lari kud citra ( fazura) heheh~
but entah cmna aku boleh mimpi semalam aku jadi bini eman manan mb terlalu marah sehingga ketidoq wuhuhu!


next korea weiiii''
   SIX MONTH 


sape yg dah tengok? aku dah tengok dan semalam aku tido pukul 4 pagi semata-mata nak tamatkan cite nie haha..kuasa CD drama korea hamek kau mata panda!
drama nie mmg sedih teriak-teriak aku tengok ..mmg hero tu tak ensem aku ngaku hero korea yg betul tak ensem diaowg ambil tapi watak yang dia bawa mmg berkesan! berjaya wat hati kering cam aku teriak2~

tapi baru aku orang korea tak semua cun..mmg aku teruja tgk perempaun tu mmg dia lawa tapi baru aku tau dia bedah plastik ...


after sugery dia menawan~


ok daaaaaaaa!

p/s: yg komen folow i will folow and komen u back..bz sikit jgn marah eh!

Aug 12, 2011

nasihat: perempuan janganlah gado sal lelaki #

salam...


maaf lah if cwl dua tiga hari nie stop jln2 komen blog korunk..bukan sombong.dunt wory if korunk folow cwl..and komen i will komen and folow back.bukan sombong..cuma bz...sikit lah..:)

so so so bengap kalau korang gadoh sal lelaki tarik rambut terajang sini sana...and lelaki itew belom tentu akan kahwin dengan korunk..so WHY korunk perlu wat mcm tu?

menjatuh maruah wanita lah seolah2 dia lah the man yang last in the world ..ARghhhhhhhhhhhh!
cinta mati dia tak curang loo..kalau dia curang just lupakan sampah macam tu..k!
kita perempuan bermaruah wei wei.....ko gado teruk2 dia duk isap rokok berasap sambil usha minah lain..sia2 DOWhhh ( key ell jap)..''''

pitam emak tgk video nie~





GIRL PLISZ JANGAN BUAT MACAM NIE...

U LOOK STUPID K! dum..dum k!

P/S: KUMBANG BUKAN SEKOQ.. petik jari ja..meriban nak kad hang aih asal hg jaga maruah hg,jaga tatasusila hang ! (kodiang kedah mai daaahhh)

Aug 11, 2011

mengatasi si KONDEM

salam...

muka sakit otak vs perut lapaq


korang tawu kan dimana2 pon kita akan jumpa si kondem even nyorok bawah batu ke ...apa ke..
mesti adalah juga yang nk kondem kita..
bunyi mcm normal?
if melampau2 ia bkn normal ia ada lah mencetus pergdohan!

CARA-CARA MENGATASI!
  1. elakkan bercakap dgn mereka
  2. biarkan mereka menang
  3. lari lintang pukang kalau nmpk dia
  4. mengiyakan saja apa yg dia rasa dia bagus
  5. just say bala bala BLAH!

bye!

tutorial shawl ala sempoi poi...

salam..

kecapektan wat video yang tak best nie selamat menonton..credit tu kak nabihan the cuties!


muke ni nak joined video matlutfi utk kemdkaan boleh tak?

video ini ternampak kecacatannya sila abaikan...
sory mintak maaf kalau video nie tak de kualitinya atau orang tu pon tak cun maaf lah..harap diabaikan juga..
yang penting input yg cwl nk smp kan..yg dikongsikan itu wuhuhu~


kak bihan nie mmg cun lah aku tak nafikan itu..ini baru model bergaya bukan cam kad atas tu hehe...abaikan ats tadi k!


kak nabihan dia pakai shwl yang dah siap aksesory.up2 u lah.
boleh add kad bihan kalu nak beli shawl dgn dia :)



selamat mencuba!

Aug 9, 2011

nak join ke tak eh? | matluthfi90

salam

semalam lepas wat entry for 3Kupang Media....
ada yang tanya cwl nak tengok muka brader2 kacak tu... -,- gatai naa hgpa!...

Aiman Hakim(videography) ,Salihin Haji Ismail (photography)  Anas 'Ceym' Firdaus(web design)

(kenapa gambo abg anas gambo perempuan sbb aku tak de gamba dia ..gamba awek dia pon cukup lah)

nie lah ahli bekas kumpulan new boys T.I.P.U...
TAK DELAH NIE LAH CREW 3Kupang Media..<<<- KLIK THIS LINK
SAPE-SAPE YANG BERKENAN DI HATY BOLEH KLIK LINK TU BERKENALAN DENGAN DER2 YG COOL DAN KACAK TU :)


soalan2 utk brader 3Kupang Media (SOALAN PEMINAT MISTERI)



habis perasaan lah brader tu...





anyway blogger tq yang support and like diaowg punya page :)
sapa lagi nak support kalau bukan kita ??? :)



ok back theold story cwl...nak joined video mutlutfi dalam kemerdekaan nie..tapi...korang tengok dulu video nie!

video kita heheh~


APA YANG SAYA RISAUKAN~
  • malu tapi mahu wat video
  • ada idea nak cakap apa nie....kang ternyanyi lagu isabella cmne~
  • takut tersenyum terlebih2 kena kutuk nanti~sbb cwl mmg suke suki senyum..
  • malu la malu la tapi nak nak nak!
jum joined juga blogger?

again credit :3Kupang Media

p/s :anyone ..ada idea joined or tak?

Aug 8, 2011

OMG KORANG PATUT TENGOK ! Photography | 3Kupang Media

SALAM

salam puasa bukan salam melantak okeeee :) 

Harinie bukan nak cakap pasal bazar ramdhan dekat kajang sana tuu ..
mahupon tips tahan lapaq dibulan puasa..
harinie nak cakap gambo yang cun dan habis tercun2 aku tengok! aihh...
meletop lah servis dia bukan aku nak mengipas atau melibas ! 
tapi aku cakap betui punya bulan puasa tak da r chek nak nipu hangpa semua ...! habes keluaq bahasa kodiang kedaah cheek...chek nak becerita pasal 3Kupang Media.. apa kah itu duit kah?

p/s : CWL nak ucap thanks to abg ein sbb bg kpcyaan kd cwl wrote pasal 3kupang media :)

ABOUT 

Sejarah penubuhan 3kupang media nie lah 3 sahabat yg bernama ein ,aiman dan anas .mereka bertiga tak cukup duit nak beli ice cream mesia.. hal ini kerana ice cream mesia ketika itu berharga 3kupang.lantas mereka bergabung duit dan terhasilnya 3 kupang media...cerita plg tak lawak aku reka..
tak delah cwl tipu je~ kalu brader2 tu baca habis dia cekit2 aku!

(cerita sebenar)

3Kupang Media ialah satu group yang terdiri dari 3 orang anak muda yang hensem yang kacak  yang bergaya yang gagah lagi perkasa dan bekas anggota news boy..terdiri daripada
(Salihin Haji Ismail,Aiman Hakim,Anas 'Ceym' Firdaus). 
Mereka menawarkan pelbagai tawaran dalam bidang photografi, videografi mahupun web design. Untuk photografi terutamanya, 3Kupang Media menawarkan khidmat Wedding Photography, potraiture, group potraiture, convo potraiture dan pelbagai lagi dengan kadar yang berpatutan serta kualiti yang maksimum...BACA TU KUALITY YANG MENJILAT MATA~

SILA LIKE 
(suppotlah owe melayu kita cepat2 like)


pakwe i matlutfi pon like..<3 kantoi curang~

saya ingin bercakap tentang gambar yg berkualititas ini...
kawan saya yg kebanyakkan dari mesia & indonesian ayuh terjah dong ! yg dari country len terjah juga naa..
jum layan kualitinya~

AWEK CUN

photoshoot bagi blogger yang ingin di shoot  korunk boleh terjah 3kupang media...
3 kupang ye bukan 2kupang kalu korang taip 2kupang sampai esok hari pon tak jumpa hehe..

    ni kak bihan kesayangan daku...tak sangka di salah sorang tenaga keja kad situ ...
sebagai tukang makeup retis2 dan memberi sentuhan magic kad muka retis2.. :)

kak bihan nie bukan blogger dia model yg telanted 4 me.













 yang ni kak peah  cuba tgk muka dia macam heliza helmi kan.?
sentuhan : 3kupang Media

PEMANDANGAN YANG CUN


 seriusly baru aku tawu klcc tu cun di waktu malam ~hehhee...
nice lah gambo2 diaowg aku terasa mcm terbuai terlena melayan gambar2 brader2 nie :)



GAMBA KAWEN YANG CUN



 aucak...aucak....(dialog tambahan cwl) suka hati mentimun kau ja cwl!

saya nak bagi tahu jika saya nak pra wediing photoshoot mahupun weding shoot saya nak jemput
I
I
V



 GAMBAR ANAK YANG CUN eh silap..YANG COMEL!

  tetibe terasa ....macam nak ada anak pula...ngeh3...
sekrang ini lah waktunya menunjukkan kecomelan anak2 anda...nanti dia besar dah famous ..ada juga koleksi gambar dia comel2 dgn 3Kupang Media.. 


 acct banyak lagi gamba-gambar yang menarik dari  3Kupang Media
korang boleh klik sendiri link cwl bagi and chek it out.diaowg juga ada perkhidmatan Photography, Videography, Designing!  


lepas ni jangan ada yang tanya cwl..soalan2 cemgini..

cwl mana ye? owg pandai shoot gamba...
cwl nak amek gamba kahwen kad mana ye?
cwl..cwl...i nak amek pra weding ada sugestion..

lama2 muntah cwl hgpa nie batai posa dia...korang klik this link 3Kupang Media.
brader2 nie akan jawab soalan korunk :)




credit to:

THE BRADER2 ENSYEM..

Mereka ini adalah brader-brader yg cool yang menentang kejahatan demi keamanan dunia mereka lah pelapis power rangers..(t.i.p.u )

tak delah depalah team 3kupang boleh klik kalau nak tau lebih lanjut :)

(photography)

(videography)

                                                                               
                                      Anas 'Ceym' Firdaus

(web design)


BY: CIK WANIE LOVELA A.K.A (CWL)

Aug 7, 2011

Tanda 100 hari sebelum hari mati.


salam

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
WALLAHUA`LAM

copy rite: wikpedia