Oct 31, 2011

SAYA TAK SOLAT TAPI SAYA BERJAYA!

salam.....

Mula-mula saya nak sentuh hal ini.kita selalu bercakap pasal Aurat.Tapi adakah kita menjaga solat kita?
ada yang menyatakan ..tapi saya mintak maaf jika anda bakal terasa dengan ayat dan kata-kata ini.saya pun petik ayat nie dekat bloger top.tapi biarlah rahsia.tapi ada benar juga ayat nie.


'' KALAU KITA MENJAGA SOLAT KITA,KITA AKAN SECARA AUTOMATIK MENJAGA AURAT KITA''

solat itu tiang agama...jika kita tak solat ibarat rumah yang tak da tiang mungkin kah rumah itu akan bediri dengan gah nya?

Firman Allah, 
'Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka? Jawab orang-orang yang bersalah, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang'. (Al-Mudassir : 42-43)


tq uncle google...

kadang-kadang kita terlalu alpha mengejar keduniaan yang sementara ini sehingga mengabaikan tanggung jawab kita sebagai hambanya.tapi cwl ada satu story nak shared dengan korang dia nie nak kata sahabat cwl pun tak rapat sangat tapi boleh lah ...

kisahnya....
ok dia cakap kad cwl...
kawan cwl: wei aku ni solat ''entah kemana-kemana tapi alhmdulilah aku berjaya''
tapi dalam banyak-banyak kejayaan aku .aku tak penah rasa puas.setiap kali aku berjaya aku rasa kosong.
berjaya pun otak aku serabut.
cwl jawab lah:alhamdulilah juga sebab kau masih sebut ''alhamdulilah'' ini bermakna kau masih mengingatinya .tapi sayangnya kau tak ingat nak bersolat.apa pun kita buat kerena Allah s.w.t bukan kerana dunia.
kawan cwl :kau perli aku ka? sentap aku wei....
cwl jawab.:tadi kau cakap kau bejaya tapi kau kosong..kosong kad mana tuuuu??isi lah kekosongan tu sebelum terlambat mungkin esok mungkin harinie ajal menjemput.jangan sia2kan masa kita dgn tak mengsyukuri apa yg Allah bagi sekarang.
kawan cwl: thanks kawan.

bagi yang rasa-rasa tangungjawab nie yang dah lama korang abaikan berubahlah..mulakan dengan bismillah jadi tarikh 1.11.11.sebagai azam dan titik permulaan bagi korang.bagi sesiapa yang meninggalkannya kerana malas dan menganggapnya satu perkara remeh dan mudah serta sering meninggalkannya, maka dia akan digelar sebagai seorang yang fasik dan penderhaka. Bersabda Rasulullah, 'Yang membezakan seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang

ingatlah...

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda,
'Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya'. (H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei)

Bersabda Rasulullah,
 'Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya tidak akan bertanggungjawab terhadapnya'. (H.R. Ahmad)

sumber: doaharian

P/S:BERJAYA DI DUNIA ADAKAH DI AKHIRAT ANDA BERJAYA JUGA????

6 comments:

Rosalia said...

nice entry,peringatan bersm.

cikji said...

betul,ada kwn cikji smbhyng ntha ke mana tapi sllu dpt result yg best,rezeki yg mencurah.

tapi,mungkin ada hikmah disebalik smua tu.

kak zmah said...

Peringatan yang baik

Syahbinar Shuib said...

setuju dgn entry ni.. sbg peringatan utk kita semua :)
kita selalu anggap solat tu sesuatu yg remeh.

fuuyooh said...

macam sya lalai.. saya lalai..

kaka said...

sangat2 suka entry cwl yang ini.. :)))