Oct 13, 2011

wanita hiasan dunia

salam




See full size image




wani jumpa post dekat wal awie so..nak shared ngn korang semua ... :)

Wanita A : Suka hati akulah nak pakai seksi ke, tak pakai tudung ke. Aku tak pernah menyusahkan orang lain pun!

Wanita B : Kamu sebenarnya dah susahkan ayah, abang, adik dan suami dengan menarik mereka ke dalam Neraka bersama kau kerana mereka telah gagal untuk menegur dan mendidik kau.

Wanita A : Apa yang kami pakai ni, antara kami dengan Tuhan!

Wanita B : Kamu berani la cakap kat dunia, berani kamu cakap depan Allah macam ni? Lawan perintah Allah.. neraka tempatnya.

Wanita A : Bukan kami tak mahu tutup aurat, tetapi belum sampai seru.

Wanita B: Mati tak kenal usia. Tak takut ke kalau mati muda? Tak takut kalau tak sempat bertaubat?

Wanita A : Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu jadi hipokrit keran tidak ikhlas melakukannya!

Wanita B : Kalau macam tu, kamu memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

p/s: Sama-sama kita muhasabah diri