Nov 4, 2011

wanita menyerupai LELAKI?

salam.....

saya tak paham kenapa dia perempuan tetapi dia nak act spt lelaki? berpakian spt lelaki? tp dia cakap dia pmpuan pulok????...best ke bajet2 gitu mu ingat macam cite 321 cinta ke???...

tq uncle G

adakah mereka kurang kasih sayang keluarga sampai nak menyerupai LELAKI?....TOMBOY a.k.a pengkid..

  1. Pengkid merujuk kepada gadis yang mempunyai penampilan fizikal mirip lelaki seperti berambut pendek dengan mengenakan jeans dan t-shirt. Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat kelakian (kejantanan) pada golongan ini dengan imej macho sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang lelaki sejati. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.
cwl ada memori pahit ngn tomboi
emmmm ingat walaupun kita tak menyukai perempuan tapi gaya kita seakan lelaki pun orang kira tomboy.dululah cwl penah kena dgn satu tomboy nie,pasal abg dia ..dia cakap nak pukul cwl and wat entry segala macam tapi cwl wat tak endah je kuz bahaya orang mcm tu kan..ish takut cwl....ye la nak pukul2 org kalau cwl wat laporan polis pasal entry ugutan dia baru dia tau.tapi cwl malas saya tak kejam.sbb penah kenal abg dia .jd cwl juz IGNORE....her even belagak tomboi.

opnion
emmmm best ACT macam lelaki...emm??? tuhan dah jadikan ikud fitrah nak jadi lelaki besyukur lah sikit...
malas nak komen panjang2 baca nie...lah

Keputusan:
    Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,i aitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam. Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.
Keterangan/Hujah:
1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama” bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1)
2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-”Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai”il Lil Nisa” menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)
Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan
Negeri:
wasalam bye



4 comments:

cik ika said...

MELANGGAR FITRAH SUDAH..ADOI..MANUSIA ZAMAN SEKARANG NI..nilah tnda2 kiamat nak dekat da..

Qil_H0shi said...

kwn sy umur bru 12 tahun da lbh dri se0rng t0mb0i.,hurm

Azzah said...

apa yang bestnya jadi tomboi ni..hadoi

Hanif Idrus Blog said...

susah nak cakap mereka yang melanggar hukum alam ni...
Ibu bapa yang harus memainkan peranan dalam hal ni