Feb 9, 2012

ear = TELINGA

salam jumaat yg ceria...

harinie cwl shared satu buku kegemaran cwl la tajuk dia cerita serta doa dari hadith dan Al-quraan .himpunan cipta oleh wan jamal bin haji wan mat saman  terbitan WJSB Resources.ok best sangat-sangat buku kalau korang nak tau kena beli baca sendiri lah kan...mcm2 benda yg kita tak sedar dan kita akan sedar insy smua dgn izin Allah s.w.t.ok satu bab yang menarik 4 me adalah pasal bab PENDENGARAN..ear or telinga.

telinga dijadikan Alah s.w.t utk bbrapa tujuan bg faedah dunia dan faedah akhrat.
faedah dunia bg mndgari dan memahami apa yg didengar.
faedah akhrat pula ia digunakan utk mndgar ayat al-quraan,hadis Rasulallah s.a.w dan ilmu yg bermanfaat.

ulama berkata lebih banyak faedah akhrat daripada telinga daripada faedah akhirat mata.sbb itulah,kata mereka ,org buta lebih byk kebaikan daripada org pekak.

kita seharusnya bersyukur dengan semua pemberian Allah s.w.t,termasuk pemberian telinga.cara kita mensyukuri pemberian telinga ialah dengan :

memelihara ia daripada mendengar yg dilarang spt umpatan,adu-domba,dan segala perkataan tidak baik spt bid'ah dab perbalahan.
mendengar suara perempuan dan pemuda belia yg bukan muhrim juga ditakutkan fitnah.
mendengar perkakas permainan yg diharamkan spt serunai.
mendengar perkataan yg sia-sia krna ia menimbulkan was2 dlm hati.

perkataan yg didengar ada mmberi manfaat dan ada yg mmberi mudarat.yg beracun akn berkekalan dlm hati lebih lama drpd kekalnya mknan dlm perut.
perkataan jatuh ke dalam hatu,dan kdg2 berkekalan seumur hidup.jka perkataan itu jahat ia akan sentiasa mndtgkn was2 dan boleh membawa kebinasaan yg lbih besar.
hendaklah kita bersungguh-sungguh memilihara pendengara dan segala anggota sebelum ditanya pda hari qiamat.

satu kisah pengajaran..


LELAKI YANG FAHAM BAHASA HAIWAN

RUMI pernah bercerita :
     Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan, dan apabila dia mendengar bahawa Musa faham bahasa binatang, dia merayu Musa supaya mengajar ilmu itu kepadanya.
Setelah belajar, lelaki itu menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya. Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda, bahawa kuda akan mati tidak lama lagi. Lelaki itu segera menjual kudanya untuk mengelakkan kerugian.
     Beberapa ketika kemudian, dengan menggunakan ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan memberitahu anjing bahawa tidak lama lagi keldai akan mati. Jadi untuk mengelakkan kerugian, lelaki itu menjual keldainya.
Selepas peristiwa itu, sekali lagi ayam jantan berkata-kata dengan binatang yang lain.
Kata ayam jantan, hamba kepada lelaki itu akan mati tidak lama lagi. Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat mengelakan kerugian. Dia gembira dengan tindakannya dan menganggap inilah nilai ilmu yang ada padanya - untuk membantunya menguruskan kehidupan hariannya.
     Suatu hari, lelaki itu terdengar pula ayam itu berkata kepada anjing bahawa dia - tuan mereka, pula akan mati. Dalam ketakutan lelaki itu pergi menemui Musa dan meminta nasihat.
Kata Musa :"Sekarang anda boleh pergi jual diri anda pula."

Fahamilah ajaran cerita ini : Bahawa kebolehan memahami dan mendengar orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yang paling besar - diri kita sendiri.
Anis Ahmad ibn al-Alawi

Juzuk : 8Surah : AL-A'RAAFNo. Surah 7Ayat : 179


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai.

p/s: yang baik itu datang dari Allah s.w.t yg buruk tu dari kita.....



bila tak edit camginiii muka aku nah....setempek bag..besar dak?????   

13 comments:

eRza farEeha said...

thx for sharing dear..:)

umie naziera said...

setiap kurniaan dariNYa mseti ada kegunaan masing2 :)

cinta siswi said...

Alhamdulillah..syukur sebab masih blh mendengar.. :)

| cik azeya | said...

peh tangan tu yg penting, hehek ;)

KaK LimAh Si SupiR said...

kene jage telinga kann..^_^

cik pinaz said...

bila x fhm bhsa haiwan kita nk fhm bila dh fhm tkot lak jdnya . huhu

TiraPengemis said...

cantik inai...hehe

AwieKashi said...

anugerah istimewa kena jaga dgn baik...

#cuba perhatikan org yg pekak...
dan pikir2kan..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hehe cool cara nabi musa bg respon.. thanks for sharing :)

chemay said...

nice entry,
kita kena lah jaga apa yg kita dengar kan.
:)

Jerr said...

adakah itu inai ?

cmnnt here :)

Edy Fee said...

moral of the story..korek la teklinga..jgn biarkan tahi telinga memenuhi ruang.hehehe
( tetiba
)

widiea azira said...

cantiknye inai tu.. .