Feb 21, 2012

4 hari sebelum TERTEKAN

salam,
my self juling rite now

aku mintak maaf aku bz sgt nak singgah blog semua aku xmampu.tgu la pas habis orientasi and jika ada masa lapang aku mengupdate serta ronda blog korang k.ok guys.

AKU SERABUT sbb baru baca tawaran hari isnin 20/2 ...persiapan buat 21/2  xray and sebagainya and nak lapor 25/2 ..sangat2 keja GILA ye la on9 prob dunia kan cangih tapi sistem hampehhhh .fedap..tapi alhamdulilah aku dapat satle harap semua berjalan lancar semua keperluan lengkap.even aku superspeedwoman (bangga jap) aku tetap hepi hahaha....lantak lah.aku dtg nak belaja bukan nk becintan cintun,nak berfesyen bagai.nawaituuu belajar.see u at uitm puncak alam...tensen jerawattttttt arggh stressssssssssss!!!


bye

p/s: i will roger2 if u coment me :) oh lupa doa kan sy jadi pelajar cermelang heheh :)

Feb 20, 2012

ALHAMDULiLLAH syukran UITM dihatiku

salam,

alhamdulillah alhamdullilah syukur sangat . Thanks ya allah.tak sia-sia tgu rayuan .masa aply tak dapat tapi alhamdullilah berkat kesabaran menuggu berkian-kian lamanya serta sabar dan doa2 ibu bapa ,family,guru2 dan kwn2 yg gojes.cwl dapat juga melanjut pelajaran.sape yg mengalami situasi tawu rasa leganya.bkn result tak cemerlang tapi REZIKI lambat.apa2 pun alhamdulilah




UITM dihati ku.....selamanya :)

p/s: konklusi jgn mudah putus asa,tak dapat cuba dan cuba bkn kita tak bagus cuma reziki lambat and tuhan nak menguji kesabaran kita :)

Feb 19, 2012

HENTIKAN KONTROVERSI TERHADAP KHAIRUL FAHMI CHE MAT

SALAM,

kenal tak sapa kad atas nie?

korang kenal dia sebagai apa?

penjaga gol malaysia
HERO malaya
lelaki HENSEM haha....
dak mata sepek
dia nie APEK LAH...
dia kaki perempuan?
PENCETUS kontroversi???

kenal ke sebenar2nya diri dia SIAPA??? penah contc ke? dia penah cite hal dia kad korang kew?

TAK KENAL MAKA TAK CINTA kan.....

personaly AKU TAK KENAL SIAPA KHAIRUL FAHMI CHE MAT a.k.a APEK.

TAPI......

AKU tak suka dia 24 jam kena GOSIP LIAR yg tak BERMORAL yang belum tentu sahih ceritanya yang mungkin menjadi fitnah.kontroversi mmg dia buat atau dia tak buat kita pun tak pastikan so better kita jangan kepoh2 hal orang nanti kena batang hidung  sendiri tawu cmna rasanya cerita di canang2 derr....AND aku realy realy kesian lah dengan beliau iatu fahmi che mat nie sepatutnya kita kena bagi sokongan moral dekat dia bukan dengan mengada2 kan cerita yang kita tak tawu serta ditokok tambahkan..jika dia ada masalah hubungan dengan mana2 perempuan pun aku rasa biar dia satle sendiri tak payah kita duk kalut2 kan.
bagi lah beliau cari makan n fokus dengan kerjaya dia sebagai penjaga gawang.jangan lah kita nak tabur kaca dalm periuk nasi dia kan. NOBODYPERFECT kan..so diam cukup lahkan.hahaha aku pun tak minat fahmi kenal pun idak.aku juz kenal dia sbg penjaga gol yg hebat and ohensem harap dapat berjumpa snap pic sekali cukup lah hahahr~but aku respect dia mcm2 tomahan chilx je dia .peace .


jangan TIMBUL GOSIP LAK bila kami saling menjeling hahahaha~ :P

p/s: nazmi faiz,fernando toress and more minat2 je tapi xde suka sedor diri muahehehe...

Feb 18, 2012

40 kelebihan wanita menurut islam

salam

syukran alhamdullilah sy bangga dilahirkan sebagai wanita.so kita jangan sia2 atau menyalahgunakan kelebihan kita yang ada.nak shared 40 kelebihan wanita .sama2 kita  shared k.





1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah SAW "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ thn), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit / mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
 
sumber dari umar-alfarouk.blogspot.com

Feb 16, 2012

Muhasabah diri : 12 Golongan di Padang Masyar

"assalamualaikum"

alhamdulilah kita masih bernyawa harinie  Syukran. 
kita masih berpeluang mendapat hidayah serta berpeluang bertaubat ke pangkuan Allah s.w.t.rasanya setiap hari jumaat nak wat segmen muhasabah diri apa yang boleh dikongsi cwl shared walaupun ilmu tak berapa dalam tapi rasanya mampu shared lagi.so jika ada kesilapan sama-sama lah menegur k.harinie topiknya tentang 12 Golongan di Padang Masyar kelak.Marilah kita sama-sama muahasabah diri ke arah yang lebih baik :)





12 GOLONGAN DI PADANG MASYAR....
  1. Barisan Pertama – Manusia tanpa tangan dan kaki. Manusia ini selama hidup di dunia suka menyakiti hati tetangganya. 
  2. Barisan kedua – Manusia berwajah khinzir hitam. Manusia jenis ini adalah mereka yang selama hidup di dunia melalaikan sholat atau bersholat tetapi masih melakukan kemungkaran.
  3. Barisan ketiga – Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung, penuh dengan ular dan kala jengking. Manusia yang ada dibarisan ini selama hidup di dunia enggan mengeluarkan zakat. 
  4. Barisan keempat – Manusia yang mengalir darah dari mulutnya. Manusia yang berbaris diposisi ini adalah mereka yang selama hidup di dunia senantiasa berdusta dalam berjual beli. 
  5. Barisan kelima – Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk. Manusia yang berbaris diposisi ini adalah mereka yang selama hidup di dunia senantiasa menyembunyikan kedurhakaan atau maksiat karena mereka tidak takut kepada Allah. 
  6. Barisan keenam – Manusia yang tenggorokan dan tengkuknya putus. Manusia yang berbaris diposisi ini adalah mereka yang selama hidup di dunia selalu menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang bohong yang menyebabkan orang teraniaya. 
  7. Barisan ketujuh – Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya. Manusia yang berbaris diposisi ini adalah mereka yang selama hidup di dunia enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan. 
  8. Barisan kelapan – Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala). Manusia yang berbaris diposisi ini adalah mereka yang selama hidup di dunia melacurkan diri atau berzina tanpa bertaubat. 
  9. Barisan kesembilan – Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi. Manusia yang berbaris diposisi ini adalah mereka yang selama hidup di dunia sering memakan harta anak yatim. 
  10. Barisan kesepuluh – Manusia tubuhnya penuh dengan lepra dan atau sejenis penyakit kulit yang amat gatal. Manusia yang berbaris pada posisi ini adalah mereka yang selama hidup di dunia senantiasa durhaka kepada ibu bapaknya. 
  11. Barisan kesebelas – Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk, bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang sangat menjijikkan. Manusia yang berbaris diposisi ini adalah mereka yang selama hidup di dunia senantiasa minum arak, minum-minuman keras, menyalahgunakan narkoba dan dzat psikotropika. 
  12. Barisan keduabelas – Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya. Nah, merekalah golongan beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan kita semua berbaris di barisan ini. Tersenyum riang dan gembira karena tidak lama lagi akan berjumpa dengan Allah SWT, bertempat tinggal bersama Nabi dan Rasul, serta akan mendapatkan ‘reward’ dari Allah SWT sepanjang massa, yaitu di tempatkan di surga-Nya yang belum pernah terdengar kabarnya melalui telinga dan belum pernah ada mata yang pernah memandang dan membayangkannya. 

Wallahu 'alam , semuga kita tergolong dalam golongan yang beriman. :)

p/s: thanks kalau rajin shared lah :)