Feb 18, 2013

Minaz butik

salam..

kenapa malas sangat ni....
malas nak makan,malas nak mandi ,malas nak tulis blog.
semua malas la...!!!!

mungkin kiteria yang baca blog org2 muda lingkungan 20 an kan....
setakat budak degree emphhhh~ ramai ,belungguk blog nah
blog aku ni lebih mencerita kan tentang perubahan aku dari zaman kegelapan hingga lah muncul zaman kecerahan .thanks naa folow and baca.
blog aku ni juga tak suka menyelit cerita2 retiss dan masalah2 keduniaan retis dan gossip2 retis mesia.
maklum la chek tak mau tagung dosa2 seksi2 kad blog chek...dulu chek rajen juga post2 gossip cita retiss..
laaa dah alami jln kecerahan tak da..dahlaaa...


k back to our topic...nak citaa cwl baru beli lah baju dari minaz butik.ehemmm malu~
puas hati ka? amat puas hati kualiti kain pandan dengan harga .now on the way beli peplum ala2 si Fatin liyana pula kan. sbgai orang yang penah beli kad minaz aku rasa berbaloi kud.tak rugi apa2....
memang lah mahal.bagi aku if spend utk diri sendiri ..sekali skala mau lah juga baju mahal2 sikit dalam almari kan.


first nak tunjuk baju2 cun yang ada kad minaz kan.

ni heliza pakai peplum FL...heliza pakai pa pun lawaaa...



yang ni kak amoi chantek...lawa kan kana baju dia...aissshhh

                            peplum polka ini also my fvt ,cun lah helizaa...<3 wink~
huh ini baju yang bakal dibeli oleh aku..peplum fl.geram2 ....suka sangat combination colour pink and turqoise soft..sesuai la dgn gaya aku yang manja...HAHAHHA..gelak perasan :P


ni salah baju aku gayakan...
tapi aku gayakan dalam video arab aku..malu seyh...
agak poyo tapi cover jelaaa...

nampak tak yang baju merah jingga ..skirt merah tangga aku la.. ni la peplum lace tu..poyo pula tgk
shooting video arab time ni  and time ni aku nampak kecik sangat2 mb wat video last minit dekat final berat pun susut sikit lol.

any info tentang minaz butik boleh like fan page ni KLIK..


THANKS sbb baca.tinggalkan nota i will visit back ~

Feb 6, 2013

LISTEN,LISTEN,LISTEN again

assalammualaikumm ....


masih ingat isu listen ! listen! listen!....



masih ingat dua2 gadis ni.syarifah dan bawani isu hangat dekat youtube sehingga memang toplah diaowg.kalah retiss tau uolls~


kekecohan yang melanda tentang pendidikan percuma agak mendapat sambutan banyak pihak dan kredibiliti  syarifah dengan jawapanya  maybe bidan terjun so dia cakap sesuatu yang takwajar ...
complicated juga kalau kita tak de skill communication  yang bagus dan cara si bawani pun salah sebab terjerit ,boleh nak tanya soalan dan laungkan pendapat tapi bila terjerit-jerit ia memberi negatif aura dan orang nak jawab pun rasa tercabar.if maybe sama2 cakap baik-baik maybe takde muncul semua-semua nikan..sampai muat naik lagu listen3...kan..


abaikan kekecohan yang melanda disini ingin dikongsikan jawapan yang agak bagus yang boleh bagi bawani baca. sumber : https://www.facebook.com/kiub.fakta


Listen, listen, listen. Menjawab tuduhan Bawani, ahli Parti Sosialis Malaysia. 
Isu pendidikan percuma : 

1. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

Komen : Di Malaysia, kalau x nak bayar cukai pendapatan, bayarlah zakat untuk pemotongan terus. Sharifah juga harus dipersalahkan. Belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program bukan Q & A session. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator. Dan menjadikan Ambiga sebagai idola sudah menggambarkan mentalitinya.







p/s: tambah sikit lagi nakpendidkan percuma boleh belajar rajen2 bagi dpat first degree..percuma tak payah bayar :)

respect each other no negatif comment tq

Feb 4, 2013

girl need sometime.

salam.....

someone ask me so cwl jwb...

sahabat?
stuff?
boyfriend?

which one ...rasa need???

di kepetangan bersama2 kucing bermiaw dan angin hujan bederu2 tiba nak updte blog. i know i dah tak aktif mcm dulu.but try nak aktif balik tapi malas..xpew bg new2 blogger up sikit kan.kita jd suam2 cukuplah..haha


gamba membajet dengan warna terang bederang..abaikan.

as a girl sometime kita suka shopping,suka makeup suka benda shomel2 ni..all other stuff.bila keadaan bosan and keadaan stress.even kdg2 kita akan ckp i tak suka makeup tapi suka benda shomel kan normal girl tetap girl kan.


This all my stuff



dua benda bulat tu my kazen beli dari korea.



















huhuhu....kdg2 terasa membazir beli tu beli tapi tak pakai...
saya mengaku membeli barang2 ini sebab dia shomel nak kata pakai sangat pun taak


benda macam ni kadang sbg need  beli macam ..heheh bukan nak mengenjar2 jadi cantik sangat tapi tah kepuasan..



FRIENDSHIP

girl outing....oh yeah~



lepak dgn kawan girl2...even kita mengumpat kawan kita sendiri tapi kita still lepak dgn dia.sbb perempuan stil need perempuan sbg pendengar setia nak harap laki??? oh no mmg tak lahkan.
perempuan still need kawan perempuan..hanya perempuan memahami perempuan titik.



boyfriend?



with my boyfriend yang hensem macam patung... :p

need a boyfriend? partner? as a future husband?
tak tawulah.. nak bagi opnion pun xpandai.. so no komen.


CWL pilih family first of course tapi takde dalam senarai.first friend and my stuff hehehek...
boyfriend naty2 lahkan...


cmana korang?