Aug 20, 2017

KHALID BERKAHWIN WANITA KOREA (abnormal summit)


Khalid dan isterinya lee seul

Harini baru nak cakap tetang khalid and wifenya. Cute couple diorang.

Abnormal Summit adalah pengenalan Muhamad Khalid Ismail dalam bidang hiburan Malaysia and korea. wani sure ramai tengok abnormal submit perati jaaa si khalid bunyi kelantan pior dia kan.

Yes khalid anak jati kelantan korang boleh tengok dalam abnormal submit  episode 95.dekat situ dia dengan bangga represent Malaysia.  Baru harini kita tau maksud malaysia korang ngaku cepat korang pon mesti tak tak tau...

MALAY
S=SINO (CINA)
I=INDIA
A= ALL

ok fine dia dah bagi ilmu kat situ. 😂

Lagi best dia kahwin dengan awek korea,  isteri dia nama lee seul dan nama islam pin lee seul.  Katanya mula perhubungan dari kakaotalk yg khalid tersalah hantar mesej dan bermula hubungan percintaan diaorang.

Jadi yang nak follow ig khalid yang kahwin dengan orang korea ni ig khalid
karllead_n_leeseul.





Sumber dari Metro
 latar belakangnya, anak kelahiran Kelantan ini pernah menuntut di Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki di Kota Bharu, Kelantan sebelum menyambung pengajian jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Korea pada 2007.

Khalid terlebih dulu berpeluang mempelajari Bahasa Korea di Pusat Bahasa Universiti Nasional Seoul (SNU) selama hampir setahun.

“Selepas lima tahun di Seoul, saya berat hati untuk meninggalkan Korea lalu saya ambil keputusan untuk bekerja di sana.

“Pada tahun akhir pengajian, saya sibuk menghantar lebih 40 permohonan kerja hingga berjaya menerima tiga tawaran daripada syarikat besar di sana.

“Syukur laluan saya dipermudahkan dan selepas tamat pengajian, saya terus bekerja di Samsung C&T sebagai jurutera projek dan jualan.

“Saya ditempatkan di bahagian pembangunan teknikal perniagaan untuk projek O&G (minyak dan gas) serta perlombongan.

“Sememangnya hidup sebagai pelajar dan kemudiannya pekerja di negara luar amat berbeza. Saya terlebih dulu mempunyai ramai kenalan warga tempatan dan banyak bergaul dengan masyarakat Korea pelbagai usia. Jadi tidaklah mengalami kejutan budaya berikutan peralihan itu.

“Untuk kita yang beragama Islam dan bangsa Melayu juga sebenarnya agak sukar untuk hidup bebas serta selesa di sana.

“Sama seperti di Malaysia, wujud dua jenis manusia iaitu yang bersifat tertutup dan berpandangan terbuka.

“Hanya 30 ke 40 peratus yang kita lihat di televisyen itu sama realitinya di Korea kerana mereka juga bergelut dengan kehidupan dan saling bersaing.

“Apa yang saya suka ialah mentaliti mereka selaku masyarakat negara maju. Mereka amat menghormati seseorang yang mempunyai pencapaian tersendiri.

“Mereka juga amat hormat dengan individu yang mampu berkomunikasi pelbagai bahasa. Di sinilah kelebihan kita apabila boleh berkomunikasi dalam Bahasa Korea, Inggeris dan Melayu,” jelasnya.

Selepas lebih empat tahun bersama Samsung, lelaki berusia 28 tahun ini mengambil keputusan berhenti kerja pada awal Mei lalu untuk memberi tumpuan kepada minatnya dalam bidang perniagaan.

Buat masa ini, Khalid dalam tempoh berehat dan pulang ke kampungnya di Padang Bongor, Kota Bharu untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Namun masa senggang ini masih digunakan untuk beberapa tugasan bebas membabitkan syarikat Korea Selatan di Malaysia antaranya sebagai penterjemah majlis, perunding projek dan sebagainya.

Terkini, Khalid muncul sebagai tetamu majlis motivasi di Ekspo Kala @ HSK 2016 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, minggu lalu.

“Saya terima apa saja peluang yang datang.

Dalam hidup ini kita tidak boleh terlalu memilih kerana kadangkala apa yang kita pilih itu membawa kepada sesuatu yang lebih besar dan lebih baik.

“Kalau diikutkan saya masih dalam fasa berehat, cuma sesekali memenuhi tawaran kerja bebas di Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Saya akan kembali teruskan kehidupan di Korea bulan depan dan ketika itu saya akan mula fokus dalam bidang perniagaan. Mungkin juga kembali aktif dalam bidang penyiaran.

“Buat masa ini saya masih mencari rakan perniagaan yang sesuai di Malaysia kerana ia membabitkan urusan dagangan antara Malaysia dan Korea Selatan.

“Pada masa sama, saya berminat menyambung pengajian ijazah pengurusan perniagaan tahun depan. Saya berasakan ia penting demi masa depan perniagaan ini kelak.

“Bagi saya, kejarlah impian selagi mampu. Saya tidak kisah dengan kata-kata atau pandangan orang lain kerana ini membabitkan kehidupan saya, bukannya mereka,” katanya

No comments: