Jun 21, 2012

GAPO MU ,BWATPO MUNNG........

salam...
 first thank para liker my pages dah 500 lebih wuhuhu..like lah my page!

pejam celik pejam selik dah nak cuti sem yang panjang.cuty sem kali berpuasa bersama keluarga how sweet the  world isnt' muahahaha...

nak final .maaf lah korang cwl tidak beraktif dalam dunia blog wat masa ni.after final saya akan cuba lapang kan dada bersama anda anda komen mengomen di blog anda.thanks lah yang sudi drop komen ,folow blog saya even saya busy wat masa ni. saya akan cuba folow u back,komen u back... sebab kita as blogger tak boleh sombong cakap '' jangan paksa-paksa'' cause kita kena ingat who yg naik kan korang kalau tanpa org yg komen n folow blog anda..jangan angkuh rite?

Gapo mung cwl bwatpa mu cwl lately busy sangat

study lah muu,finish asgment deyh,,, ( gara-gara sain kelate2 belako n ganu sokmo)
TAPI PENENG STILL THE BEST,sebab kita available kannnnnnnnnnnnn..

before nak final i go too ceramah SMS.... syed muzafar syukur angkawasan kita tu ka duitm puncak alam la..best.dia hensem  tu penting hahaha....even laki orang :P

behave semua awek awek laki orang wei...

lastly aku rasa muka cam zombie jwb test baru baru ni tadaaaaaaaaaa..




hahaha k bye korang...

tgu update pash final

p/s yang komen n folow komen habaq naaa t chek ronda...pomish!!!!

Jun 14, 2012

Biar tuhan yang balas :)

salam...


tadi ni buka buka blog tengok ada orang mencarut2 n tabur fitnah kad shoutbox.
so aku dah wat laporan polis tadi petang untuk detect sapa pemfitnah tu.
i got my lawyer too.
something yang kita dah lama sabar but they still continue disturb you life and you sebenarnya tak penah kacau dia dah.
so jalan terbaik saya do the report .tak tawu what will be hapen hope kes gaguan dapat di satle.


syukur alahamdulillah i 'm hapy rite now... :)

-someone always make me smile-

Jun 12, 2012

MANAGER mock meeting uitm puncak alam

salam....



busy busy.....nak final dah so out of focus sikit  mengupdate benda alah ni....

Tak nak cakap banyak nak mengupload ja gambo2 :P

wuhuhu perasan jadi manager marketing waek :P












after meeting my ceo sleep tight tight hahah..

tudung biru nie the one my BFF <3

lastly aku jumpa datin membe hot blogger fatin liyana asri.datin ni baik sangat2 orangya..cantik lagi.kitaorg sama2 g program diadakan uitm puncak alam.program survival.first nak cakap tahniah pada VC Prof Dato Sahol Hamid sebab buat program yang memang erkesan pada student .diharap program sbgini akan dianjurkan lagi.uitm dihaty ku<3



Jun 2, 2012

alangkah indahnya universiti sebelah rumah

salam...


nak balik uitm suda...malas tak terhingga...harinie tekad makan masakan seperiuk nasi mama...
mama.tak mau balik .angkah indah uitm sbelah rumahku....damn benda bodo yang aku bayangkan sekarang ni.napa aku tak fikir mak aku keja fellow uitm ka har3....damn again...makin merepek aku fikir.


seminggu di taiping bawa buku semua subjet pas tu tak baca awesome tak?

seminggu di habiskan dengan makan tido makan tido recover luka dalaman otak selepas test dan quiz selain daripada simpan tenaga untuk final...ayat nak memuaskan haty tak baca buku seminggu.muahaha

esok ku kembali ke tanah tumpangan puncak alam bye tepeng see u later,,

 kad tepeng besar ke kecil boleh main ini...wee...






k i balik dulu....

p/s: wuhuhu ramai kutuk minah tu...depa kata dia mulut puaka..damn apa pon tak terkata.rupa2nya ramai tak suka ....cian pulak.hermmm TAK NAK MASUK CAMPUR....



Lebih baik judge diri sendiri dari judge orang lain. Orang benci nanti. =)

May 29, 2012

1 teguran 1 pergadohan

salam,

payah lah dunia sekarang update status sikit entry ada je yang mengamuk macam naek hantu..ops naek hantu then mula sangkut kisah kita dengan tak patut.lumrah manusia tak puas hati haa ko kait satu dunia.istilah lebih sesuai kepada orang yang mudah perasan ni ada psyo facebook.kerana mengila dan syok sendiri di facebook. :P

I'M LOST BILA DUNIA NI TAK DAPAT MEMBEZA KRITIKAN..





Sometime dont make people fedup with u perangai chumel...rupa yg comel tetap tak dapat menutup kebusukan hatimu.tak kata sapa2....



Orang yang berfikiran positif akan menerima teguran itu sebagai teguran membina.

Orang yang berfikiran negatif, menerima teguran itu sebagai pemula kepada perbalahan. Ia sebagai cacian. Dia tak suka mendengarnya dan menyalahkan org itu dgn pelbagai cara agar dia berpuas hati menutup cela wlpon sudah rabak~

Jangan gunakan agama untuk menutup salah sendiri -.-




p/s: anda positif ke negatif



kalau semua nak terasa. baik kawan dgn katak duk bawah tempurung.then jaja cerita satu dunia kasi tau lu teranaiya....


walaupon saya diam.saya block awak.sbb saya respect awak and more i edu person..stop talk about me.stop recreate story .u knoe u mcm budak2..i tak group nak kumpul org ajak gado.i knoe u admire me ..muaaahaha to hater -copy paste

May 27, 2012

15 minute turn t00 a HOUR!!


salam...

thanks god dah balik taiping ..sangat-sangat penat rasa nak tercabut kaki b4 balik tepeng
my rutin this week agak best habis rasa macam tak terkata kerana terlalu gembira muahaha....

cuzz....

study last minit begin. taubat cuti ni aku nak baca buku ...tak nak last minit...tp aku rasa
mcm awesome study last minit..agak memory full juga ler..tapi wat relax leh layan movie
lagi.hebat kan? pdhal ada test dan quiz jerk .test ofice 4 chapter to cover.esk test tp lex.ada 4 subject tak cover lagi relax...relax.still relax.minum hot chocolate playing wit housemate.read read pastu housemate said jum tido dulu.kita pas baca kena tido sbb otak kita process the data.diowang cakap k skrg 10.00 pm 10.15 pm kita bangun .kita tido 15 minit ja k. you know wat hapen....... kita orang bagun 6.15 TADAAAAAAAAAA!!!! hebat tak???
aku rasa awesome bangun pagi dalam kedaan lambat ,baca buku pon half dalam muka keadaan redha ( actually) ... damn....napa aku bangun lambat..kenapa ....why why???....
wohoho may be it happen becauseseparuh jiwa ku pergi.nak balik taiping.

so the conclusion jangan pecayakan minit....kalau nak baca buku you baca terus.jangan nak tido lah hapelah.if u seorang yang boleh bangun dari tidur ok lah..muahah..atau pon korang pesan kad membe yang stay up.jangan percaykan alarm . :p


now aku dah sampai taiping....to be continued...




May 17, 2012

Baca lah kalau korang blogger....sejati

salam,




korang-korang sedar blog aku dah bertukar wajah jeng3......

sory korang aku dah tak aktif berblog ..ada benda yang aku rasa wajar aku kejar dahulu.....

kepada blogger baru yang sudi singgah my blog say thanks......

mesti tertanya-tanya why aku slow blogging yang kenal aku lah kan aku tak se HOTS kak aten ke kak yuyu ke so on....
with adik john..sahabat itu perlu iklas :)



first memey aku fokus study,mesti korang cakap eleyh tak reti urus masa lah tu..fatin liyana dokter pon boleh...keupayaan manusia lain-lain tak sama k.FINE... haha..


sebab kedua aku slow blog cuz aku rasa ,aku berblog atas dasar shared informtn bukan sebab nak KEJAR POPULAR...

Jadi popular ni susah semua nak tawu pasal kita,
semua nak gooogle sal kita,
semua nak fake jadi kita,
semua nak ngaku kakak adik dan etc,
semua nak wat entry pasal kita...

SORY to said aku tak berapa gemar BODEK blogger,kalu nama nak naik biar lah orang suka aku atas dasar penulisan aku.memey yang akan terasa bila baca apa aku cakap ni.tapi korang fikir masak-masak apa gunanya korang menulis tentang orang yang tak pernah kisah pasal korang.baik korang cita sal diri korang.nasihat khas aku kepada blogger baru.aku tak nak diaowg ikud kesilapan aku tulis entry tentang orang lain untuk naik.bukan korang yang naik tapi orang yang korang create tu yang naik..

KALAU KORANG SUKA DIA KORANG JUJUR TAK PERLU ENTRY BODEK MEMBODEK....

aku tak suka jadi popular sebab..

AUTOMATIK orang sekeliling kita fake dengan kita,
semua baik dgn kita sebab kita top,
dan sepanjang entry kita orang akan cakap awak cantik awak comel...ADAKAH ITU YANG KORANG NAK??

aku rela tak popular asalkan orang sekeliling aku IKLAS dengan aku,dari ramai orang di sekekliling tapi semuanya fake???


so korang fikir sendiri apa yang korang kejar,kenapa korang menjadi seorang blogger...

jangan kejar kehidupan yang fana kejar lah kehidupan yang baqa...

jadi lah manusia yang bangga dengan apa adanya kita

tak perlu jadi orang lain...

setiap manusia tetap ada kelebian yang nyata dan tersirat...

siapa anda..

anda lEBIH TAHU......

May 15, 2012

saya rindukan ia.

salam..


sedih sangat kucing kesayaaagan dah tak de...mak cal cal...kata chammy dah mati kena langgar sedih sangat.dah lah cuti mid sem dapat jumpa dia kejap sangat :(



memory with chammy..

jumpa di syurgaa...........

May 11, 2012

i wanna be -BILL GATES


salam n hai to all thanks 4 reading my blog.....may be a blog .......din't i?


i wanna be him
who?
him loxl...
who?
he la...
u wanne be a man...
no lah hee
plz jus saying bill gates ok....

(intrapersonal comunication canot be miscomunication if it occur ..may be u r....crazy...hoho)



my workspace aka STUDY SPACE....



i wanna be him but....

ada HALANGAN DAN RINTANGAN.......apa halangan dia?


1. sleep
2.eat
3.dreaming

got it?


so..... so.... i hope i will get dean in this sem to aply gpa or mara..hope so..aRisso?


wish me luck...


b4 i ended my entry yg no motip.....
  IN MALAY

BILL GATE BOLEKAH SAYA MENGAGAGALI BEBERAPA SUBJECT AGAR SAYA DAPAT JADI SEPERTI ANDA? MUAHAHA...


BILL BOLEHKAH SAYA MENGAGALI BEBERAPA SUBJECT AGAR SAYA DAPAT JADI SEPERTI ANDA? muahahaha...




May 4, 2012

wanita ibarat pohon serta malu itu ''IMAN WANITA''

SALAM....

saya tak pandai melukis....

dulu saya teringin juga jadi model gambo2 tapi lepas tu saya bersyukur xbuat ada hikmah semuanya .sbbnya, biarlah diri kita hanya'' only one to special one'' n kita sbg pmpuan kena perasaan ''malu'' kerana malu itu iman yg melindung kita.....hope stiap hari kita akan berubah ke arah lebih baik insy amin.


percaya tak wanita ibarat pohon....
kadang2 saya sedih dengan statment2 kalau wanita
''pakai tudung tak semesti dalaman dia baik''
even benda tu bukan semuanya begitu.cuma satu yang saya nak kongsi kan....

bermula dari akar..baja ibarat akidah serta ibdahnya kita lakukan.jika kita fikir dari logik akalnya pohonnya dapat berbuah dengan banyak dan subur bermula dari akarnya.Begitu juga wanita kalau dari batinnya baik insyallah ia akan terpancar dari ZAHIRNYA dgn bertudung dan melakukan segala perintah Allah s.w.t.

Surah Ibrahim ayat 24
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

maaf jika ada yang terasa bila membacanya ,sya juga tak sempurna.tapi ayuh kita beramai2 berubah ke arah yg baik kepada lebih TERBAIK..Allahu A'lam.

iklas dari saya cwl

Apr 26, 2012

THE CAT and CWL

salam,


cuti midsem nie cwl tak keluar pi mana-mana pun may be jumaat nie baru nak besuka ria bersama akak tercintaku .Dia cikgu so bz tak masa nak bersama cwl tambah cuti midsem cwl pada hari sekolah memey sangat tak kena. sedeh pilu keseorangan so cwl decide bersama kucing tersayang ...'' chamelion bobs'' miaw miaw.....dia asyik makan tido makan tido...sentap aku sebabnya ibarat macam aku makan tido makan tido cuti mid sem ni....ek eleh cwl ko cakap cuti mid sem ni macam cuti setahun je kan padahal seminggu je pon...kan

aksi bersama kucing saia.....





booooo,,,,,,tapi respond kucing sleep ...

 

sleep together-gether.... <3 omg sweet my cat but not me..eraser my face...plzzzz



main sorok2 wit kucing yg no feeling...


reupload kebahagiaan kami...



BAI...


sayangilah whateva haiwan peliharaan anda..

p/s: betul ke fakta kucing mendoakan tuannya ?????

Apr 20, 2012

Balik rumah hoyeee.....

salam...

setelah sekian lama di uitm puncak alam gua mau balik dowh dowh....dodol... :P

muka eksited sambil lepaking dibilik kawan saya..yg serba kosong hahahah.....




aiii rindu rumah...
rindu mak masak apa..
rindu adik2 kakak abe2...semua rindu...
dalam perjalanan pulang aku membawa buah tangan kek cokelat to my family..wuhuhu..
dalam pejalanan balik juga aku membawa buku serta assigment aku yg bertimbun best kan dengar..
dalam perjalanan balik juga seminggu ni aku nak prepare tu final.wlpon lambat lagi....
dalam perjalanan balik ni juga aku nak jumpa cikgu2 yg tersayang dan kawan2 ku...
dalam perjalanan balik ni jugalah aku nak balik wooooiiiiii.OK fine sentap.

dalam perjalanan balik ni juga aku bakal rindu housemate and dak kelas ku yg cantik ,hensem dan GAGAh... abaikan ayat tadi :P







ok bye uitm pucak alam jumpa pas seminggu nie..yerrrr

Apr 11, 2012

TSUNAMI 11 APRIL 2012

salam...

sesungguh tiada tuhan melainkan Allah s.w.t dan Nabi muhammad itu pesuruh Allah s.w.t.


Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.


Alahamdulilah aku dipuncak alam tak merasa getaran tapi keluarga aku yang berada di taiping merasa getaran di inform oleh mama aku.tapi syukur alhamdulilah semuanya ok2.aku ada family di pulau pinang kazen aku yang g queensbay call inform yang keadaan kad sana kecoh sangat tapi alahmdulilah juga semuanya baik2.


cuma apa berlaku dekat aku dalam 15:38 aku tengah cal membe aku tanya pasal asgment tiba2 suara dia hilang bunyi macam ada ganguan macam lebah '''zzzkrekkk'' mcm tulah bunyi dia.aku ingat tak da pa-pa pas buka fb sekejap tengok2 semua update sal tsunami then baru tahu..


After solat maghrib ,tiba2 housemate aku datang cakap...


''sya cuba kau buka surah 15 ayat 38... 15:38 adalah waktu kejadia tsunami...


surah 15 tu surah  al-hirj







bermaksud :
'' sampai hari waktu yg telah ditentukan''.


aku dengan kawan aku rasa sejuk .. then buka lagi Gegaran 8.9..cuba tengok ayat 8:9 (Surah al-Anfal)
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. banyakkan berdoa..insyaAllah Allah kan kabulkan... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم..
subahanallah....allahualam...


hanya Allah s.w.t yang maha mengetahui....


mari kita berdoa semoga semuanya selamat....amin

Apr 10, 2012

apa harus saya buat SPM teruk?

salam,

congrates kepada mereka yg straight A..TAHNIAH2..ande mmg hebat mcm mana anda stdy saya pun xtawu..tapi anda dah berusaha anyway congarates again..

haaa for yang unlucky dah study kawww tahap gaban tapi reziki tidak menyebelahi anda jangan bersedih.
setiap yang berlaku ada hikmah dan ada yang lebih baik untuk anda .ibarat menolak kain silver kain emas yang datang..suka hati kaww punya peribahasa ya cik wanie :p

betul kadang2 reziki kita bukan bergolek sekarang mungkin lambat percaya lah TAPI dengan berkat mak ayah,usaha kita n willingness kita nak succed tu kena ada.janganlah lepas ni menganga harapkan bulan jatuh ke tanah idok?

cerite my pengalaman mb boleh menjadi pedoman kepada anda anda....

STPM zaman kegemilangan bermula dan juga titik terakhir ( ayat ni titik terakhir ni hanya dak2 stpm yang faham sbab setiap kali cikgu masuk kelas dia akan cakap ni lah last track kamu untuk ke menara gading)

i yang menyorok2 dibelakang tuuuu

ZAMAN spm banyak main,main..agak la..spm aku tak de r teruk cemerlang juga cuma subjek mengira ngira tu juz medium tak sehebat kawan-kawan aku kebanyakkannya A1!!!!!.dan kebanyakkan kawan2 aku diaowang semua aply matriks and diploma.k fine aku tak mintak matriks sbbnya matematik aku C hahah so aku rasa aply pun tak dapatnya tambah matriks nie lagi more tu pengiraan tu memey bukan aku r memey tak minat.aku more tu baca baca je :p sebab tu aku suka sejarah n bahasa melayu.Pendek kata dalam duk aply2 menuggu dan di tunggu aku amek keputusan yang drastik amek STPM compare diploma.means bukan tak bagus dip bagus tapi aku nak jimat masa serta kos dip tu aku tak minat and banyak keraguan di situ Allah s.w.t dah rancang yg trbaik utk kita kan ..believe that..lupa nak cakap aku aliran akaun ,so kebanyakkan kawan2 aku yang take akuan go to matriks and diploma hanya tinggal aku ja yg amek stpm.mula2 aku nangis gak r agak sedih tapi aku kuat smgt aku masuk stpm ,bangun g sekolah ,pakai baju sekolah even kawan2 dip kata ''BUDAK SEKOLAH'' but kuatkan jati diri aku selama 1 1/2 sebagai pelajar stpm berlandaskan buku teks STPM yang maha tebal disandang oleh aku nahunyaa mahkluk Allah yg berbadan kecil hingga menjadi sasa..fuhhhh baca tanpa non stop penat dak?   dan 4 kawan aku yang mira,pika and una diaowg dari aliran sains. so bermula lah detik kerapatan kitaowg...

ni la mira pika n husna kawan yg non be replace

ini uitm puncak alam wit my new friends ting tong gak cam aku :P diaowg ni pangkat adik2 aku nie :)

so dalam STPM..mmg lah pakai baju sekolah.tapi bagi yang amek stpm tahu rasanyer cmne as candidates stpm.rasa mcm sbg sebuah keluarga abg adik kakak masing2 bantu each other utk suppot masuk ke universiti.tu lah je aku dapat gambarkan....zaman stpm aku..agak lew strugle bersaing dgn kawan2 aku nak best student so persaingan sihat berlaku disitu..pendek kata alhamdulilah kitaowg berjaya,husna beljar di uum,pika n mira usm.dan saya uitm :)

setiap orang berlainan cara ..ada rezikinya di diploma ada rezikinya di matriks dan di stpm.tapi aku besyukr even aku juz stpm aku dapt sambung degree awal dari membe aku yang diploma tu..


so ada kemahuan di situ ada jalannya insyallah :)


pesanan jangan putus asa jaga ibadah jaga akidah insy.dan tak payah caple2 single dulu kerana angka 20 masih muda untuk bercinta :)

Mar 30, 2012

Definisi sahabat

salam...
 nak bg sumthing kad sini diaowg pangi scha ...cuz my ramai nama wani :P



mesti korang stalker blog aku tapi aku tak update tak coment blog korang.maaf la bz sgt.ni pun curi2 masa update agar nufnang aku, dapat memberi wang saku padaku wah.....thanks korang yg dtg golek2 blog aku muaaah itu sahaja ku mampu ku kata... <3

sahabat?

sahabat adalah berbeza dengan kawan hehe...paham dak? SUKA suki punya definisi ja cwl nie kan kan hehe...
SAHABAT nie sebagaimana korang bersahabat diwaktu susah senang ..jika diwaktu senang je tu KAWAN...bkn sahabat.so carilah sahabat bukannya kawan.kerana sahabat sejuta dalam satu kalau anda dapat anda bertuah...

biasalah  sebelum mendpat sahabat adalah kawan~
tikam,ditikam mcm2 so.....be pro darling...pandai2 cary u self dimanapun kamu berada ok.
yang baik kamu ikud yang tak baik pandai2 lah kamu kamu :)

hehehe nak cite sal my sahabat at uitm puncak alam... 2 GADIS SENTIASA BERSAMA AKU DIMANA JUA kecuali waktu kelas kerna LAIN kos hehehe...targis dak..? hehe lu pk lah.perghh...apa cwl merepek nie..merepek2 nilah juga korang bacakan kalau tak masakan metro leh jadi paper kebangsaan popular habis mapulus kan....


the comel girl witme nie nama dia ridhwan eh...hehe ridhwa nama glamer RID (tamak) dia baca habis dia cekik aku.nice comel sweet .jangan biar beliau berkata2 manja sbb t anda akan jatuh hati kepada beliau muaheheh<3 love her much333....

the coolerrr giler kentang i penah jumpa the cute one very confident what eva  she step perghhh aku suka ...dia panglimawati yang gagah masa MDS no matter if ramai minat dia dah lah cute kan kan...wewiit..lebih lanjut add lah fb dia noor alwani @ cik garam muahehe....

 drama sebabak...( lebih jelas klik tumbuh besar ) :P



lantas 3 sahabat makan sehingga bertukar menjadi ninja keropok yg kuat bye..( sbnrnya aku xda idea aku bukan kartunis wei jangan expect lebih daripada nie heheheh...).STOPP MERAPU aku tawu korang tak berpuas hati dgn jalan cerita mahupun NAhuunya...tapi layan je lah hahaha...


ok bye....



p/s: i will melawat u back <3 salam syg cwl

Mar 23, 2012

zina hati itu ????

salam...


MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN
Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:

(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).
وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).


Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).


Dan dalam riwayat Imam Muslim: 

(Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)
Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih. Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati?




Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!
Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi jadi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:

عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً
Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik.

Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).
Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata (Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia).
Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.
Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.
Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:
وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).

Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060
Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.

Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.

Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.

EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI
“Melihat perempuan itu haram”
“Mendengar suara perempuan itu haram”
“Mengingati bayangan perempuan itu haram”
“Semua itu adalah zina”
Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu?...:senyum:. Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.
Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja.
Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?

Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.

Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara sopannya. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa.

Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.

Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.

SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI?

Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060
Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Kata Ibnu Abbas pula:
"مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)". رواه البخاري (8/67، رقم 5774) ومسلم (8/52، رقم 4801).
“Aku tidak melihat sesuatu yang lebih menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya)”. Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim (8/52, no 4801).

Apa yang dimaksudkan dengan Al-Lamam??? Al-Lamam bermaksud dosa kecil yang tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar Alamil kutub).

Perkataan Al-Lamam ini disebut dalam firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 :

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى
(31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ......

Maksudnya: Dan bagi Allah segala yang di langit dan di bumi, supaya dia membalas mereka yang berbuat buruk dengan apa yang mereka kerjakan, dan membalas mereka yang baik dengan kebaikan. Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Luas keampunannya…

Contoh daripada hadith ini mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam:

نَّ رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟ قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101).

Maksudnya: Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi”. Lalu turunlah ayat ((Dan dirikanlah solat pada sebahagian hari dan hujung malam, sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adalah ingatan kepada mereka yang mengingati)) [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu lelaki tersebut berkata: “Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal ini? Sabda Nabi: (Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku). Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101).


Mar 4, 2012

Uitm puncak alam say HAI to uitm puncak perdana...

salam.....

kenapa aku say hai to puncak perdana sbbnya kitaowg orientasi sekali la kud.sbb tu rapat lah juga.
semua as friend not more then that.FOKUS FOKUS..stdy first.ye la aku tak kan korban kan cita-cita aku yang tinggi bak gunung demi mengejar cinta wah wah......apa pun aku nak cakap MDS sini memey terbaik lah.no wonder lah ayat2 FAILED2,SANDING2 DAN sekutunya dgnnya still berkumandang even dah tamat mds kan..kan..so aku mmg best r senior2 kitaowg expcialy angah,abg jimy,kak mira, abg iman dan exct...


 pengaruh kuat abang ngah '' NYAMPAH '' 


 NI ABG jimy yg comel mcm teady bear my fessi banyak betul idea dia...nak wat game...sepopot la sepiputla...mcm2..
at last mamat kate agak rapat dgn aku tapi dia puncak perdana,as a friend ..nampak cam cool je..
selalu kena buli nie ngeh2...

wah penat sungguh chek melayan minggu MDS...fokus stat kelas n stdy betul2...daa.. maaf xsinggah blog korunk....i'm tired rite now...heaven gila lend atas katil...:)

Feb 21, 2012

4 hari sebelum TERTEKAN

salam,
my self juling rite now

aku mintak maaf aku bz sgt nak singgah blog semua aku xmampu.tgu la pas habis orientasi and jika ada masa lapang aku mengupdate serta ronda blog korang k.ok guys.

AKU SERABUT sbb baru baca tawaran hari isnin 20/2 ...persiapan buat 21/2  xray and sebagainya and nak lapor 25/2 ..sangat2 keja GILA ye la on9 prob dunia kan cangih tapi sistem hampehhhh .fedap..tapi alhamdulilah aku dapat satle harap semua berjalan lancar semua keperluan lengkap.even aku superspeedwoman (bangga jap) aku tetap hepi hahaha....lantak lah.aku dtg nak belaja bukan nk becintan cintun,nak berfesyen bagai.nawaituuu belajar.see u at uitm puncak alam...tensen jerawattttttt arggh stressssssssssss!!!


bye

p/s: i will roger2 if u coment me :) oh lupa doa kan sy jadi pelajar cermelang heheh :)

Feb 20, 2012

ALHAMDULiLLAH syukran UITM dihatiku

salam,

alhamdulillah alhamdullilah syukur sangat . Thanks ya allah.tak sia-sia tgu rayuan .masa aply tak dapat tapi alhamdullilah berkat kesabaran menuggu berkian-kian lamanya serta sabar dan doa2 ibu bapa ,family,guru2 dan kwn2 yg gojes.cwl dapat juga melanjut pelajaran.sape yg mengalami situasi tawu rasa leganya.bkn result tak cemerlang tapi REZIKI lambat.apa2 pun alhamdulilah




UITM dihati ku.....selamanya :)

p/s: konklusi jgn mudah putus asa,tak dapat cuba dan cuba bkn kita tak bagus cuma reziki lambat and tuhan nak menguji kesabaran kita :)

Feb 19, 2012

HENTIKAN KONTROVERSI TERHADAP KHAIRUL FAHMI CHE MAT

SALAM,

kenal tak sapa kad atas nie?

korang kenal dia sebagai apa?

penjaga gol malaysia
HERO malaya
lelaki HENSEM haha....
dak mata sepek
dia nie APEK LAH...
dia kaki perempuan?
PENCETUS kontroversi???

kenal ke sebenar2nya diri dia SIAPA??? penah contc ke? dia penah cite hal dia kad korang kew?

TAK KENAL MAKA TAK CINTA kan.....

personaly AKU TAK KENAL SIAPA KHAIRUL FAHMI CHE MAT a.k.a APEK.

TAPI......

AKU tak suka dia 24 jam kena GOSIP LIAR yg tak BERMORAL yang belum tentu sahih ceritanya yang mungkin menjadi fitnah.kontroversi mmg dia buat atau dia tak buat kita pun tak pastikan so better kita jangan kepoh2 hal orang nanti kena batang hidung  sendiri tawu cmna rasanya cerita di canang2 derr....AND aku realy realy kesian lah dengan beliau iatu fahmi che mat nie sepatutnya kita kena bagi sokongan moral dekat dia bukan dengan mengada2 kan cerita yang kita tak tawu serta ditokok tambahkan..jika dia ada masalah hubungan dengan mana2 perempuan pun aku rasa biar dia satle sendiri tak payah kita duk kalut2 kan.
bagi lah beliau cari makan n fokus dengan kerjaya dia sebagai penjaga gawang.jangan lah kita nak tabur kaca dalm periuk nasi dia kan. NOBODYPERFECT kan..so diam cukup lahkan.hahaha aku pun tak minat fahmi kenal pun idak.aku juz kenal dia sbg penjaga gol yg hebat and ohensem harap dapat berjumpa snap pic sekali cukup lah hahahr~but aku respect dia mcm2 tomahan chilx je dia .peace .


jangan TIMBUL GOSIP LAK bila kami saling menjeling hahahaha~ :P

p/s: nazmi faiz,fernando toress and more minat2 je tapi xde suka sedor diri muahehehe...