Posts

Showing posts from July, 2020

chocolate pancake baby(Resipi 6 Month ke atas)

Image
Assalamualaikumm, Harini wani nak shared menu chocolate pancake untuk bayi. Fasa bayi tolak nasi ,tak nak makan itu ada lah perkara biasa.Para ibu marilah kita gigij pelbagai menu makanan untuk bayi kita. Harini wani nak shared sikit resipi pancake mudah jum tengok bahan bahanya: 1 1/2 cawan tepung gadum 1/2 cawan chocolate (wani guna dark choco) 1 cawan susu full cream 1/2 sudu unsalted butter 1 biji telur 3 sudu madu * Mixed semua bahan bahan tersebut dan biar dia adunan rehat dalam 5 minit. Lepas tu korang ambil kuali leper letak atas api masak slowly agak2 masak alihkan dia. Siap! Sesuai untuk minum petang atau breakfast baby lisa makan byk tau. Selamat mencuba

Resipi Gulai Ketam

Image
Asalam gais (Cara buat Kari) 2 paket rempah kari ayam 1/2 Cawan minyak (Bahan tersebut tumis sehingga pecah minyak) * selepas itu masuk  1/2 cawan air asam jawa 1kg ketam yang disiang 1 cawan air masak 1 cawan santan *** biar semua bahan tersebut mendidih Tutup api ,masuk NENAS ! ( NENAS NAK BUH BOLE TAK BUH TAK PA,TAPI NK POWER BUH) Bahan tumis darat/ tumis atas. 1 biji bawang dihiris halus 2-3 biji bawang putih Daun kari agak2 Jintan manis (bukan yang rempah ok) Tumis naik bau simbah buang kat kari ketam. ALHAMDULILLAH SIAP. garam ,secukup rasa pandai2 la ya! Selamat mencuba

Homemade Baby Biscuit - Kurma Flavor (Bayi 6 bulan ke atas)

Image
Assalamualaikumm semua , Harini wani nak kongsikan resipi Homemade Baby Biscuit - Kurma Flavor. Wani start buat biskut pada baby qalisa start umo dia 6 bulan ke atas.Kenapa wani tak beli je sebab wani sangat pentingkan ramuan di dalam makanan qalisa. Terutama gula,pewarna dan perisa tambahan. Maka terjadi idea buat biskut untuk baby qalisa melalui group di Facebook Happy Baby Foods Malaysia. anak gadis ibu ni sangat rajin ya sambil uli sambil ngaplp. THANK YOU ANAK IBU Resipinya wani ada ubah sikit so ini resipinya: Homemade Baby Biscuit - Kurma Flavor Bahan-bahan : 1. 1 cawan unsalted butter (saya guna jenama Anchor) 2. 1 cawan tepung gandum (resepi asal guna tepung atta ) 3. 1 cawan tepung jagung 4. Puri kurma ( saya guna 7 biji kurma mariami, rendam semalaman dalam secawan air. Buang biji dan blender hingga halus. Semasa blend tu sy campur dgn air rendaman kurma tu sikit) ( nak lagi manis, tambah kurma lagi ) Cara-cara : 1. Pukul butter hingga kembang guna ha

Resipi Rendang Kerang

Image
Assalamualaikum semua , Ingat hasil pengutipan kerang suami wani kat tanjung kepah lekir.kalau belum baca boleh baca dipost sebelumnya. Hasil kutipan dalam 3 kg selepas wani makan sgn husbanf still ada banyak.Lepas kupas kupas ada dalam semangkuk gitu. So wani yg tak pernah decide buat rendang kerang. Sbb wani selalu buat daging dgn ayam je. Tp alhamdulillah kerang pon menjadi suami bertambah tambah makan wani decide nk shared resipi ni ya! Resipi rendang kerang: Kerang yang di kopek Bahan bahan blend Segengam cili kering 2 batang Serai 3 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Setengah kaki halia Sekaki lengkuas 3 biji kunyit hidup Bahan tadi tumis hingga naik bau* Masukkan Santan Asam keping Daun kunyit dihiris halus dlm sehelai 1/2 gula karas 2-3 sudu  besar kerisik Masak kering kering sikit terus masuk kerang Nak kering masak lama sikit,nak basah tengok naik minyak boleh tutup api. So siap selamat mencuba!

RESIPI REMIS TANJUNG KEPAH LEKIR

Image
Hai assalamualaikum gais dan selamat malam , Malam ni sis masak pedas remis ,resipi ni sesuai kalau kita nak masak siput tak kisah la siput apa asal kan bukan siput vv ye kawaƱ kawan. Sebelum kita ke resipi, terimakasih kepada suami ku yang tercinta bersusah payah pergi cari kerang dan remis. lokasi tanjung kepah lekir Suami maklumkan sekarang ni memang musimnya ,ada kerang,remis,metarang, siput sedut dan kepah. Cuma *USAHA TANGGA KEJAYAAN* Lagi cemerlang ko ke tengah lautan selut makin banyak hasilnya. So ini hasil suami kita la, dia tak kedalam ni main tepi tepi pon hasil agak lumayan. Pesanan suami kalau nak pergi kome sediakan makan minum semua  ,sebab memang mahal orang jual jual kat sana. Kepah kupang Ramai yang datang beriadah bersama keluarga Ok back to resipi REMIS/ APA2 SIPUT sekaki halia dihiris halus Sebatang halia di ketuk Secubit belacan Sebiji bawang besar yang dimay