Homemade Baby Biscuit - Kurma Flavor (Bayi 6 bulan ke atas)

Assalamualaikumm semua ,

Harini wani nak kongsikan resipi Homemade Baby Biscuit - Kurma Flavor.

Wani start buat biskut pada baby qalisa start umo dia 6 bulan ke atas.Kenapa wani tak beli je sebab wani sangat pentingkan ramuan di dalam makanan qalisa. Terutama gula,pewarna dan perisa tambahan.

Maka terjadi idea buat biskut untuk baby qalisa melalui group di Facebook Happy Baby Foods Malaysia.


anak gadis ibu ni sangat rajin ya sambil uli sambil ngaplp. THANK YOU ANAK IBU

Resipinya wani ada ubah sikit so ini resipinya:

Homemade Baby Biscuit - Kurma Flavor

Bahan-bahan :
1. 1 cawan unsalted butter (saya guna jenama Anchor)
2. 1 cawan tepung gandum (resepi asal guna tepung atta )
3. 1 cawan tepung jagung
4. Puri kurma ( saya guna 7 biji kurma mariami, rendam semalaman dalam secawan air. Buang biji dan blender hingga halus. Semasa blend tu sy campur dgn air rendaman kurma tu sikit) ( nak lagi manis, tambah kurma lagi )

Cara-cara :

1. Pukul butter hingga kembang guna hand mixer
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul lagi
3. Masukkan puri kurma. Boleh jugak tambah formula milk. 
4. Uli doh hingga sebati. Kalau lembik tambah lg tepung ( saya buat bagi keras sikit utk baby tokak)
5. Gelek2 kan doh, tekap dgn acuan atau buat la bentuk ikut suka hati (saya buat bentuk besar² supaya senang baby nak pegang)
6. Bakar dlm oven selama 15 minit 180°c

Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

tanda2 tak da dara secara fiziknyer...sory ssntif isu!

Tanda-tanda lelaki bosan dengan wanita