Resipi Rendang Kerang



Assalamualaikum semua ,

Ingat hasil pengutipan kerang suami wani kat tanjung kepah lekir.kalau belum baca boleh baca dipost sebelumnya.

Hasil kutipan dalam 3 kg selepas wani makan sgn husbanf still ada banyak.Lepas kupas kupas ada dalam semangkuk gitu.

So wani yg tak pernah decide buat rendang kerang.
Sbb wani selalu buat daging dgn ayam je.
Tp alhamdulillah kerang pon menjadi suami bertambah tambah makan wani decide nk shared resipi ni ya!

Resipi rendang kerang:

Kerang yang di kopek

Bahan bahan blend

Segengam cili kering
2 batang Serai
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Setengah kaki halia
Sekaki lengkuas
3 biji kunyit hidup

Bahan tadi tumis hingga naik bau*

Masukkan

Santan
Asam keping
Daun kunyit dihiris halus dlm sehelai
1/2 gula karas
2-3 sudu  besar kerisik
Masak kering kering sikit terus masuk kerang

Nak kering masak lama sikit,nak basah tengok naik minyak boleh tutup api.

So siap selamat mencuba!


Comments

Popular posts from this blog

tanda2 tak da dara secara fiziknyer...sory ssntif isu!

Tanda-tanda lelaki bosan dengan wanita

Homemade Baby Biscuit - Kurma Flavor (Bayi 6 bulan ke atas)